Image
Representasi logo rasmi UMPSA juga boleh diletakkan bersama nama fakulti, persatuan, pusat penyelidikan dan unit tetapi mestilah mengikut tatacara yang betul. lni bagi memastikan keseragaman dan menjamin identiti korporat UMPSA terperlihara keserlahannya.

Garis pemisah mestilah diletakkan sebelah logo rasmi dengan speksifikasi yang betul. Ketebalan garisan adalah 1.0pt. Ukuran garisan hendaklah sebaris dengan tulisan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah diikuti dengan penyataan nama jabatan/fakulti.

Logo UMPSA bersama nama PTJ hanya boleh digunakan bagi program anjuran PTJ, fakulti dan anak syarikat serta entiti perniagaan di peringkat universiti.

Sekiranya melibatkan agensi luar, keutamaan hendaklaah menggunakan logo rasmi UMPSA sahaja.
Image

Contoh Representasi Logo UMPSA Diikuti Nama Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang dibenarkan

Image

Logo UMPSA yang mempunyai tulisan jawi dan kalimah الله (Allah) hanya boleh digunakan pada papan tanda, kenderaan dan bangunan utama atau bahan-bahan yang diletakkan di tempat tinggi sahaja

Logo UMPSA yang tidak mempunyai tulisan jawi dan kalimah الله (Allah) dibenarkan untuk penggunaan dalam urusan percetakan (printed material).


Print   Email