Rasional Logo
Logo
Hits: 6404
![]() |
Bentuk berlian melambangkan kemantapan tadbir urus baik berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. | ![]() |
Bentuk pena mencerminkan ilmu yang dijana oleh warga Universiti dengan penuh hikmah. |
![]() |
Bentuk keseluruhan perisan bersegi lima melambangkan institusi pendidikan yang mempunyai falsafah, visi dan misi tersendiri bertunjangkan kepada lima nilai teras. | ![]() |
Bentuk orbit yang berputar mengelilingi berlian melambangkan ilmu yang progresif dan gabungan kedua-duanya mewakili graduan yang berwawasan global. |
![]() |
Bentuk gading yang merupakan simbol negeri Pahang digarap secara dinamik bermaksud kekuatan ilmu dan kemahiran teknikal yang menyumbang ke arah kemakmuran sejagat. | ![]() |
Nama ringkas perkataan UMPSA ditengah-tengah grafik gading dan grafik pena yang menggambarkan ilmu pengetahuan yang digarap dan dikeluarkan di UMPSA. |