Kedudukan logo UMPSA bersama Agensi Luar
- Logo setara boleh diletakkan bersebelahan logo rasmi universiti sekiranya program/majlis adalah anjuran bersama universiti dan agensi kerajaan. Contoh: Logo Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
- Sekiranya jumlah logo rakan kolaborasi UMPSA terdiri daripada tiga entiti atau lebih dan posisi UMPSA adalah sebagai tuan rumah (host), logo UMPSA ditengah dan logo-logo institusi lain boleh disusun mengikut keutamaan dari segi protokol.
- Representasi kedua-dua logo mestilah diletakkan secara beriringan di dalam penghasilan apa jua jenis karya grafik dengan menggunakan spesifikasi yang ditetapkan.


Contoh 1
Program anjuran PTJ dengan kerjasama agensi luar
- Logo UMPSA hendaklah digandingkan bersama logo agensi
- Nama PTJ diletakkan sebagai penganjur
- Dengan kerjasama anak syarikat UMPSA (jika ada)

Contoh 2
Program anjuran peringkat PTJ sahaja
- Logo UMPSA bersama nama PTJ boleh digunakan pada bahan promosi
- Jika program yang dianjurkan melibatkan PTJ berlainan, ruangan Dengan Kerjasama hanya boleh diletakkan nama PTJ sahaja tanpa logo UMPSA.
- Rakan strategik anak syarikat UMPSA (jika ada)
