Logo
Jumlah paparan: 822
Pembentukan Logo Dengan Grid
Penggunaan grid adalah sebagai panduan teknikal bagi pembentukan logo supaya sentiasa jelas di samping dapat memastikan keseragaman penggunaannya. Penggunaan garisan luar outline pada logo dan perkataan UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH di samping penggunaan grid dapat memastikan pembentukan yang lebih tepat untuk sebarang kaedah pembesaran atau pengecilan. Ilustrasi yang disediakan di sini hendaklah menjadi sumber muktamad dalam usaha menyelesaikan ketidakpastian atau kesamaran.