Logo Rasmi UMPSA

Reka bentuk logo UMPSA adalah terhasil daripada kombonasi logo dan rupa taip tulisan jawi dan rumi perkataan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. Kombinasi ini membentuk satu logo lengkap dan TIDAK BOLEH digunakan secara berasingan.   Penggunaan grid adalah sebagai panduan teknikal bagi pembentukan logo supaya sentiasa jelas di samping dapat memastikan keseragaman penggunaannya. Penggunaan garisan luar outline pada logo dan perkataan UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH di samping penggunaan grid dapat memastikan pembentukan yang lebih tepat untuk sebarang kaedah pembesaran atau pengecilan. Ilustrasi yang disediakan di sini hendaklah menjadi sumber muktamad dalam usaha menyelesaikan ketidakpastian atau kesamaran.  

Muat turun Logo Rasmi UMP


Print   Email