Rasional Logo

 

Bentuk berlian melambangkan kemantapan tadbir urus baik berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.  Bentuk  pena mencerminkan ilmu yang dijana oleh warga Universiti dengan penuh hikmah.
Bentuk keseluruhan perisan bersegi lima melambangkan institusi pendidikan yang mempunyai falsafah, visi dan misi tersendiri bertunjangkan kepada lima nilai teras.   Bentuk orbit yang berputar mengelilingi berlian melambangkan ilmu yang progresif dan gabungan kedua-duanya mewakili graduan yang berwawasan global.
Bentuk gading yang merupakan simbol negeri Pahang digarap secara dinamik bermaksud kekuatan ilmu dan kemahiran teknikal yang menyumbang ke arah kemakmuran sejagat. Nama ringkas perkataan UMPSA ditengah-tengah grafik  gading dan grafik pena yang menggambarkan ilmu pengetahuan yang digarap dan dikeluarkan di UMPSA.

 


Print   Email